
kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ;
“Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat.”
Sahabat-sahabat yang dikasihi , jika kita buka berita , surat khabar , Facebook dan pelbagai media berita ,jelas terpampang berita-berita sedih dan ngeri tentang keganasan dan kekejaman yang berlaku di salah sebuah negara Islam , Syria . Setiap hari saudara-saudara kita di Syria hidup dalam keadaan resah , sedih dan takut walaupun Syria merupakan tanah tumpah darah mereka sendiri . Apalah nilai sebuah kewarganegaraan jika negara sendiri tidak lagi menjadi tempat yang selamat untuk berlindung diri .
kerana apa sahabat-sahabat?
soalan itu sepatutnya kita seorang mengaku Muslim tahu akan jawapannya sebagai tanda kita masih cakna dan mengambil berat atas perkara yang berlaku pada saudara kita . Pemimpin Syria laknatullah Basyar Al Asad telah banyak meragut nyawa , menukar Lailahaillah kepada lailahaila basyar! , tidak suka mendengar nama Allah , menyeksa serta membunuh mereka yang terus berjihad mempertahankan Akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah (sunni) . Sehingga kini sudah 10 000 orang syahid dibawah kekejaman Basyar dan rentetan dari Revolosi pada tahun lalu seramai hampir 5000 orang syahid . Bertopengkan alasan ingin menjaga keamanan Negara , Basyar Al Asad mengambil kesempatan untuk membunuh dengan kejam puak-puak sunni . Video-video kekejaman askar kerajaan jelas menunjukkan bahawa dalam Hati mereka sudah tidak mempunyai belas kasihan pada manusia . Askar-askar kerajaan dilarang untuk solat dan dilarang untuk menunaikan kewajiban sebagai sorang muslim . Kesannya? tiada lagi istilah untuk 'fikir dua kali' apabila diarahkan untuk membunuh rakyat , ulamak-ulamak dan juga sehinggakan bayi yang berusia 4 bulan dibunuh dengan kejam!.
Revolusi yang berlaku di Syria kini bukan lagi revolusi celik rakyat untuk membebaskan negara dari pemerintahan diktatator Basyar Al Asad tetapi lebih kepada Penindasan pemimpin Basyar Al Asad yang berfahaman Syiah Nusriyah terhadap rakyat yang berfahaman Sunni . Kadang-kadang kita terfikir kenapa kedua yang berfaham Islam ini bermusuh dan bergaduh?
Sahabat ,
Syiah bukanlah suatu cabang dalam agama Islam dan bukan juga salah satu mazhab yang boleh kita ikut , tetapi Syiah boleh dianggap agama yang baru kerana pelbagai ajarannya yang jelas terkeluar dari landasan Islam. . Oleh itu peperangan yang berlaku di Syria boleh diklasifikasikan peperangan yang berlaku antara umat Islam dan golongan kuffar .
Apabila ditanya bagaimanakah kami selaku saudara seakidah ingin membantu kamu? Apakah dengan menghantar bala tentera yang beribu? Mereka menjawab “bukan bala tentera yang beribu apatah lagi juta yang diperlukan , ini negara kami , kami akan berjuang untuk mempertahankannya walau dengan darah sekalipun tetapi bantulah kami dengan mendoakan kemenangan supaya menjadi milik kami , bantulah kami dengan mengamalkan Islam bersungguh-sungguh di Negara kamu ! “
Ikhwah semua , perjuangan untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan menghapuskan kekejaman sudah lama dilakukan oleh rakyat Syria . Mereka tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan Islam kerana mereka yakin dan percaya pada Janji Allah . Pasti!..
Sahabat..
Walau lama mereka menunggu kemenangan itu…
walau beribu mujahid yang diperlukan untuk mendapatkan kemenangan..
walau bumi berkat itu harus disimbah dengan darah pejuang yang syahid..
perjuangan Tetap akan diteruskan sehingga bangkit Khilafah Islamiah !
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. “ (Ali Imran : 169)
ingatlah sahabat , mereka sanggup , mereka rela .. demi menegakkan Islam atas muka bumi , demi meninggikan kalimah Tauhid dan demi mendaulatkan Islam. .
Kita?
Dan sesungguhnya Allah pasti akan berikan kemenangan pada orang yang benar
….wallahua’lam.
p/s-
Rakyat Syria tidak mengharapkan bala tentera yg bnyak tetapi mengharapkan tiga perkara dari umat Islam-
1-Duit
2-bekalan ubat-ubatan
3-bekalan senjata
kita boleh membantu mereka dengan:
1-menyebarkan maklumat tentang perkara yg berlaku di sana.
2-menDerma pada tabung2 bantuan Syria
3-mendoakan mereka (Qunut Nazilah)..




